dzreen

Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan Aneka Bundle dibuka di Pekan Kuala Nerang telah mula menampakkan hasilnya…. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami tempuhi…
Ini gambar2 suasana di dalam kedai kami…

Mya Sumayya pun dah 6 bulan…. sekarang dah pandai menyulur…pandai ketawa… bahagia sangat melihat perkembangan positif Mya. Hafiz Faiz pula dah mula bercakap walaupun kebanyakan perkataannya kami tak faham…

Ini pula gambar mya yang comel…

Berbalik kepada perniagaan kami.. selain berniaga secara offline, kami juga mencuba jualan melalui online…. walaupun sambutan belum memuaskan aku harap Allah akan permudahkan jalan. Ini adalah alamat blog online aku…

http://baghandmadeunik.blogspot.com/. Aku berharap sangat perniagaan aku akan berjaya. Demi anak2 aku sanggup berusaha. Moga2 Allah memberkati setiap rezeki yg diberinya. Kami redha dengan ketentuan Ilahi.

Sedikit perkongsian buat rakan2…..

Petua Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

Mudah-mudahan kita dapat sedikit suntikan semangat dan kekuatan untuk sama-sama berjuang dalam dunia perniagaan yang semestinya dapat menjamin masa depan anak bangsa… amin.

hari ni bakal bermula perlawanan bola untuk liga malaysia….dah  dengar berbagai rentak sokongan kepadateam masing masing…mmg bakal meriah tahun ini..walau tanpa pemain import luar..kalau ikut naluri kenegerian pasti setiap game kita nak jer turut melihat secara live..suasana yang amat berbeza antara mereks yg melihat melalui kaca tv..kadang terfikir kalau tgk tv pun ok gak sebab kalau gol mesti akan ada ulang tayang..kalau p tgk stadium tak leh leka sebab tak der ulang tayang..heheh..

Projek terkini dzreen ent nak print baju untuk para penyokong bola sepak negeri perak..t shirt eksklusif yg memaparkar wajah para pemain yg popular beserta hadiah misteri..

salam 1 malaysia…hari ni saya masak sambal ketam untuk anak anak dan suami tersayang….alangkah bahagianya bila melihat mereka semua begitu berselera menjamah nasi di rumah..kadang kala terfikir juga kenapa ramai diluar sana lebih suka menjamu selera di kedai makan yg mengenakan caj yang agak mahal….kadang kala masakan diluar tidak begitu lazat dan kita terpaksa juga bayar walaupun apa jua rasa masakan tu….kalau di rumah kita boleh lagi mengawal dan memasukkan perencah yg kita suka…setuju tak kalau saya katakan di kedai mesti akan memasukkan ajinomoto untuk menambah perisa dalam masakan mereka…sebenarnya ia boleh digantikan dengan sedikit gula+garam untuk menambah perasa masakan kita…mungkin warga kota gemar memberi alasan faktor masa yg membuat mereka lebih suka makan di kedai…tapi sebenarnya masa utk menunggu masakan disediakan adalah sama jika kita masak dirumah…cara memasak yg membuatkan tempoh lama atau pun sekejap utk memasak..terpulanglah pada anda semua untuk memilih makan di kedai atau di rumah…

Hujung minggu adalah masa yang sering ditunggu oleh anak2. Kali ini 22 Januari 2011 (sabtu) kami ke Kuala Woh, Tapah. Perjalanan yang tidak jauh dari Ipoh lebih kurang 1 jam perjalanan. Anak2 begitu teruja  apabila sampai… ini adalah kali pertama kami sekeluarga ke sana… suasana yang amat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga, paling sesuai untuk anak2 kecil (kawasan sungai yang luas dan seperti berpantai). Terdapat kemudahan yang lengkap seperti tandas (tandas pun bersih), bilik persalinan, parking yang luas, kawasan perkemahan, titi gantung, pondok istirehat dan banyak lagi. Aktiviti begini dapat menambah pengalaman anak2 dan meransang minda mereka manakala ibu bapa pula dapat hilangkan stres. Ia sangat bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Hafidz yang sangat gembira

Hafidz yang begitu gembira sambil makan kacang…… selepas penat mandi apa lagi kelaparan la…. dalam banyak2 makanan kacang juga menjadi pilihan Hafidz, siap makan sekali ngan kulit lagi tuh….

hilman yang kesejukan

Ini pula Hilman yang sayang nak tinggal  air…. hajat dihati nak mandi lagi…. tapi terasa amat sejuk,s bibir dah kebiruan… santai sekejap atas batu…

Angah lari dari serangan naga

Ini hero malaya… dari awal sampai dah nak balik masih nak mandi….. siap lari marathon lagi tuh…. tak tahu erti penat

Along yang kuat menyakat

Along yang sangat otai…. hmm selepas seminggu didenda tidak boleh menonton tv sebab tak buat kerja sekolah…. sekarang masa untuk menikmati keseronokan selepas melalui kesengsaraan huhuhu….

Abah yang sentiasa menjadi life guard

Ini pula suamiku yang begitu understanding…. tak pernah merungut walaupun penat uruskan hero2 yang sedang membesar… yang best lagi, dia sentiasa ada idea untuk kami sekeluarga bercuti, ajak saja kemana-mana jika kena dengan masanya pasti boleh pergi…. boleh di katakan kami sekeluarga sentiasa ada aktiviti luar yang boleh dilakukan bersama… luv u hubby.

Mama dan Mya

ini pula satu-satunya puteriku…. hmmm baru 2 bulan setengah….terpaksa buka baju panas…..  Mya ni tak kuat meragam senang nak bawak dia kemana2.

Kami sekeluarga amat gembira hari tuh dan insyaAllah kami akan ke sana lagi kerana suasana disitu amat sesuai untuk kami sekeluarga….

Wassalam

Ngeri… ini adalah pengalaman salah seorang rakan yang rumahnya baru dimasuki pencuri 2 hari yang lepas, kejadian berlaku di kawasan taman perumahan 2 tingkat, berpengawal dan berkejiranan kebanyakannya berbangsa China….Begini kisahnya…

Pada malam yang dingin mata terasa amat mengantuk…. jam baru menunjukkan 10.30 malam (biasanya masuk tidur pukul 12 malam) mungkin penat agaknya…..diajak semua anak untuk masuk tidur…. si suami pula kurang sihat lalu mengambil ubat terus masuk tidur. Pintu kamar dikunci dari dalam. Tepat jam 5 pagi… si isteri bangun untuk buang air…. dia berasa amat hairan apabila dilihat semua pintu bilik, pintu almari dan laci terbuka….. terdapat kesan geledah… berdebar2 hati si isteri lantas dikejutkan si suami…. mereka bersama-sama turun ke tingkat bawah…dilihatnya tv lcd sudah tiada… plug peti sejuk dan oven sudah ditanggalkan dari soket.. jeriji tingkap dapur dipatahkan dan tingkap dikopak…..

Kejadian seperti diatas mungkin sering kita degar dan mungkin telah terjadi kepada anda… saya juga telah mengalami keadaan yang hampir serupa…. kenapa ia berlaku?….

Adakah langkah keselamatan yang kita ambil terlalu lemah atau kelalaian kita…..dari pengalaman salah seorang pencuri, pernah ditanya kepadanya rumah yang bagaimana anda boleh masuk untuk mencuri…. jawabnya….”KAMI BOLEH MASUK DALAM RUMAH MANA PUN, SELAGI RUMAH ITU BOLEH DIMASUKI ANGIN”…. hmmmm kalau begitu seketat manapun langkah keselamatan yang diambil ia tetap tidak menjaminkan rumah kita dari tidak dimasuki pencuri…bagaimana nak elakkan rumah kita dari dimasuki pencuri….persoalan ini sukar dijawab…. tetapi,

Apa yang pencuri cari… tentu jawapannya ialah duit atau barang yang boleh dijual untuk mendapatkan duit…

Untuk langkah pencegahannya juga datang dari duit….di sini ada saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi dari rakan2 bolg

D – Doa, semagai umat islam kita tak boleh lari dari memohon pelindungan dan pertolongan dari Allah, kerana apa yang berlaku sudah tentu adalah dariNya jua. Antara doa-doa yang boleh kita amalkan…

1) Doa pendinding dan penggerak

2) Pagar atau pendiding rumah

3) Pukau dan cara pencegahannya

U– Usaha, selepas berdoa perlu berusaha meningkatkan tahap keselamatan supaya kita tak mengundang pencuri kerumah kita. Antara langkah2 keselamatan yang boleh kita lakukan ialah…

1) Panduan pencegahan pecah rumah oleh PDRM

2) Tip meninggalkan rumah ketika musim cuti

4) Tip elakkan pecah rumah oleh Fomca

I– Istiqamah, perkara yang paling susah kita lakukan (termasuklah saya), semua langkah pencegahan dah diambil tetapi tak istiqamah kadang2 ingat kadang kadang lupa….hmmm sifat lalai ni susah juga nak control

T – Tawakal, Akhir sekali tawakallah pada Allah. Jika semua dah dibuat tapi masih berlaku kecurian anggaplah itu semua adalah ujian dariNya dan sudah tentu ada hikmah disebaliknya dan tempuhlah ia dengan kesabaran pasti ganjaran yang besar bakal diperolehi…

Jika rakan2 ada cadangan ataupun sebarang pendapat marilah kita sama-sama berkongsi agar kita mendapat menfaatnya…

wassalam.

salam…20/1/2011 jam 9 malam bertempat di kita futsal jalan kan kampar akan berlangsung perlawanan persahabatan antara kpar vs pkeinpk,,semoga ia akan mengeratkan silaturahim,,

Telur Dadar

Posted on: 20/01/2011

Anak2 saya amat sukakan telur dadar….. ini adalah antara kata2 yang selalu diungkapkan oleh para ibu…. begitu juga saya. Pernah tak anak anda mengomel  ‘Mama tolong masak telur dadar yang macam kita makan kat kedai semalam’. Apa istemewanya telur dadar yang disajikan dikebanyakan kedai masakan thai…..ummmmmm pening dibuatnya. Saya cuba merungkai rahsianya….pertama saya cuba cari maklumat dari internet… tak banyak yang saya dapat. percubaan saya hampir 20 kali barulah mendapat hasil yang memuaskan dan disini saya kongsikan rahsianya…..

1) Gebu – Telur dadar perlu digoreng dengan minyak yang agak banyak dan minyak tu kena betul2 panas (berasap), hati2 takut nanti minyak menyambar tangan semasa anda memasukkan telur, ini berlaku  jika tangan anda basah dan air tangan anda menitik dalam kuali, nanti melecur pulak..(saya dah kena sekali). Jadi, pastikan tangan anda betul2 kering.

2) Rangup – Bagi menghasilkan telur dadar yang ranggup perlu ditambahkan bancuhan tepung jagung dalam sukatan satu sudu kecil tepung untuk 2 biji telur ayam… jangan banyak sangat nanti terasa  tepungnya.

3) Sedap – Untuk menghasilkan rasa yang sedap… cuba guna sos ikan dan sedikit cuka.. tak perlu guna garam sebab sos ikan dah masin.

Saya dah dapat menguasai cara buat telur ni… hmmmm yummmy suami dan anak2 sagat sukakannya…. saya harap anda juga dapat menyediakan telur dadar yang yummmy ni….Selamat mencuba.

Salam Bicara

Posted on: 20/01/2011

Saya adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa yang mempunyai seorang suami dan 5 orang anak… 4 lelaki dan seorang perempuan. Selepas hampir 3 tahun mengorbankan karier demi keluarga…. terasa ingin berkongsi rasa dan menimba lebih pengalaman… tentu ramai yang terpaksa korbankan kerjaya demi rumahtangga. Apa yang saya kongsi di sini adalah berdasarkan pengalaman…Dilema seorang Eksekutif Muda;

1) Kewangan, ramai yang bekerja makan gaji adalah bermatlamat untuk membantu keluarga… kalau berenti mana nak bayar bil2, keperluan harian dan banyak lagi….rezeki dari Allah, tapi rezeki kena cari… banyak cara untuk mencari rezeki yang halal. Macam mana nak jana perdapatan dari rumah….hmmm dengar menarik tapi bagai mana?

2) Tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, jikalau bilangan anak 1-3 orang rasanya boleh tahan lagi tapi kalau lebih dari 3 orang bagaimana… nak cari pembantu rumah? hmm banyak sangat kes dera dan culik nih… kalau tak pun anak ikut acuan orang gaji…. satu lagi mahalnya kos orang gaji sekarang…. mampu ka? jamin ke yang dia tak lari…

3) Hubungan sosial, jikalau keluar bekerja hari2 dapat jumpa ramai kawan, chit chat sikit kadang2 terlebih (mengumpat pun ada), penampilan pun menarik betul tak?… Kalau kat rumah cakap ngan anak2 jer la..tapi sekarang dah ada Facebook, Twitter dan macam2 lagi….dah boleh keep in touch tapi sama ker dengan jumpa hari2…. Kadang2 rasa rindu sgt dengan suasana kerja…

4) Sijil terperuk tak guna…. rugi ker? orang selalu komen kenapa belajar tinggi2 tapi nak duduk rumah uruskan rumahtangga. Persoalan ini secara peribadinya kadang2 rasa jugak ruginya tapi bila tengok anak2 dan suami terurus rasanya itulah kejayaan yang hakiki…

5) Cemburu ngan kawan2 yang berkerjaya… perkara ni selalu terlintas difikiran bila tengok kawan2 dress up cantik2 lepastu banyak pulak kawan… terasa sangat jurang antara saya dan mereka…. mereka pun macam tak berapa nak close ngan kita… ye la… orang selalu salah anggap orang macam saya mana faham tentang dunia kerjaya…

Akhir sekali….. fikir punya fikir untuk kongsi rasa saya tulis lah blog ni….. untuk jana pendapatan sampingan pulak ingat nak buat kedai online (masih dalam pembinaan) ingat2 nak buka kedai bundle….ok tak?….

Kalau kawan2 ada pendapat dan cadangan tinggalkanlah komen untuk saya yang baru nak belajar ni….

Dzreen

Cerita2 tentang dunia kekeluargaan

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031